Bapa mentua tetak menantu perempuan

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, Mak Lain Ping, 42, ditetak oleh bapa mentuanya yang berumur 86 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas sebuah pusat perubatan swasta yang memaklumkan mereka menerima pesakit yang merupakan mangsa tetak.

“Mangsa menghuni rumah tersebut bersama suami dan ayah mentuanya. Mangsa tidak pasti punca ayah mentuanya bertindak sedemikian kerana ayah mentuanya tidak mempunyai masalah mental selain tidak berlaku salah faham antara mereka sebelum kejadian,” katanya.

Mohd Rozi berkata, suspek telah ditahan dan sebilah pisau pemotong daging telah dirampas. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap