‘Bapa durjana’ dihukum penjara 40 tahun, 20 sebatan

Mahkamah Sesyen Sungai Petani menjatuhkan hukuman terbabit terhadap bapa terbabit yang juga buruh kasar atas tiga kesalahan merogol anak kandungnya berusia 13 tahun.

Tertuduh yang berumur 36, tahun dari Kuala Ketil didapati salah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Keputusan penghakiman dibaca hakim M Vijayalakshmi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya beberapa kali masing-masing di dalam bilik tidurnya dan bilik tidur mangsa di rumah mereka pada Mei tahun lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, jam 6 pagi pada 3 April lalu.

Dalam prosiding itu, Vijayalakshmi menetapkan hukuman penjara masing-masing 20 tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua yang berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 2 Mei lalu, dengan 10 sebatan.

Untuk pertuduhan ketiga, mahkamah menetapkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan yang berjalan berasingan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Izza Munirah Mansor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia