Banyak Instagram palsu Gong Yoo wujud selepas ‘Train To Busan’

Susulan itu pihak pengurusan pelakon berkenaan mengeluarkan amaran kepada pihak yang telah mewujudkan profil berkenaan agar memadamnya sebelum sebarang tindakan diambil.

Ini kerana kewujudan akaun palsu itu telah memberi tanggapan bahawa Gong Yoo sendiri mengendalikan profil-profil berkenaan walaupun ia bukan miliknya.

“Kami membuat kenyataan ini kerana ramai mula keliru tentang akaun sebenar milik pelakon itu kerana terdapat beberapa akaun palsu diwujudkan,” kata wakil syarikat pengurusannya seperti dilaporkan Allkpop.

Dalam kenyataan sama turut dijelaskan bahawa Gong Yoo tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang diuruskannya sendiri.

Sementara itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri The Coffee Prince itu dilaporkan bakal membuat kemunculan dalam sekual Train to Busan, petik mStar Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran