Banner ‘DAP Greedy’ sambut Guan Eng di Tasik Biru

Walaupun tidak diketahui siapa yang meletakkan banner-banner tersebut, rata-rata penduduk tempatan yang ditemui percaya ia dilakukan oleh ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan DAP kerana meletakkan calon mereka di kerusi tersebut.

Guan Eng yang datang ke Tasik Biru untuk mengumumkan calon DAP, Mordi Bimol ketika diminta mengulas perkara itu enggan memberikan sebarang respon.

Bagaimanapun, Mordi ketika ditemui berharap banner-banner tersebut bukan dilakukan oleh ahli PKR.

Katanya, peluang beliau untuk menang tipis sekiranya PKR turut meletakkan calon di kerusi itu sekaligus menyebabkan pertembungan lebih dua penjuru.

“Undi akan berpecah. Ia akan menjadi lebih sukar kerana semua orang mempunyai peluang dan semua orang mempunyai pengikut sendiri.

“DAP mempunyai penyokong sendiri, sama juga dengan PKR. Jadi, jika ada pertembungan dengan PKR yang turut bersama menentang Barisan Nasional, DAP tidak mungkin mempunyai peluang tinggi untuk menang di sini.

“Tetapi saya percaya saya mempunyai kekuatan saya sendiri dan saya percaya saya boleh melakukannya dengan baik di kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan banner-banner tersebut dilakukan oleh Barisan Nasional.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai