Menurut The Sydney Morning Herald (SMH), hukuman itu dikenakan selepas dua bank mengakui melakukan cubaan kartel bulan lalu.
Denda yang dikenakan itu susulan keputusan Suruhanjaya Pengguna dan Saingan Australia terhadap dua bank itu berhubung komunikasi dalam talian peribadi antara pedagang berpangkalan di Singapura pada 2011, lapor SMH.
Pada Rabu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Michael Wigney menetapkan denda seiring dengan saranan pihak berkuasa saingan dan bank yang turut bekerjasama dalam siasatan kes itu.
Hakim menggariskan salah laku itu sebagai “serius dan ia menjejaskan integriti dan keberkesanan pasaran ringgit Malaysia”, menurut SMH.
Kedua-dua bank itu gagal memantau operasi pejabat di Singapura untuk memastikan ia mematuhi undang-undang dan denda yang dikenakan itu bagi memastikan pihak bank lain melihatnya sebagai “sesuatu yang boleh diterima ketika menjalankan perniagaan.”