Banjir : Tiga remaja lelaki hilang dihanyut arus berjaya diselamatkan

Muazan Mahadi, 20, dan adiknya, Mohd. Muq’as Shah, Mahadi dan seorang rakan mereka, Ariffuddin Che Yem, 22, dijumpai pada pukul 1.20 petang di tebing sungai kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusof berkata, kesemua mangsa yang di bawa arus deras berjaya berpaut pada sebatang pokok yang berada di tebing sungai.

“Mereka kemudiannya menambat pelampung pada batang pokok tersebut sebelum berenang ke kawasan yang tidak ditenggelami banjir sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat tidak lama kemudian,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, ketiga-tiga mangsa yang sedang bermain air banjir dibawa arus deras Sungai Kolam selepas pelampung dinaiki mereka terbalik berhampiran Jambatan Kampung Bukit Kolam, pada pukul 12.15 tengah hari.

Tiga lagi rakan mereka yang turut menaiki pelampung besar itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada palang jambatan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia