Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, kejadian itu menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air setinggi 0.3 meter dipercayai berpunca daripada saliran tersumbat.
“Sistem saliran projek pembinaan PPA1M dan sebuah sekolah di kawasan itu tidak diselenggarakan dengan baik sehingga menyebabkan aliran air tersekat oleh tanah dan pasir.
“Selain itu, air Sungai Gajah dari Seri Kembangan berhampiran Presint 11 yang naik secara tiba-tiba juga menjadi faktor banjir kilat tersebut,” katanya memetik Utusan Malaysia.
Pada masa sama, Hasim telah mengarahkan projek pembinaan di kawasan tersebut ditangguhkan serta-merta bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
“Saya juga mengarahkan sistem saliran di kawasan tersebut diperbaiki termasuk memperbesarkan saliran parit bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiada kejadian kematian atau kecederaan dilaporkan susulan banjir kilat di lokasi berkenaan.