Banduan maut ditikam dalam Penjara Sungai Buloh

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditikam pada belakang badan dengan senjata tajam.

“Hasil siasatan awal, kita percaya mangsa ditikam oleh dua banduan lain yang terbabit dalam pergaduhan itu.

“Mangsa dipenjarakan kerana terbabit dalam satu kes penculikan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, malam tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti semua banduan yang terbabit dan punca sebenar pergaduhan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia