Banduan lari dari pusat pemulihan serah diri

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Baharom Abu berkata, lelaki berusia 37 tahun itu menyerah diri kepada penghulu kampungnya itu pada 7.24 malam Ahad.

“Sebaik menyerah diri, lelaki itu dihantar ke Balai Polis Bukit Bunga sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Baharom berkata, lelaki berkenaan ditahan reman empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 8 Ogos lepas, lelaki berkenaan dipercayai bertindak meloloskan diri pada kira-kira 12.30 tengah hari menerusi pagar belakang pusat tahanan berkenaan ketika menjemur pakaian. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia