Banduan dipenjara liwat rakan banduan lain

Ariff Amirrul Akmal Abu Bakar Lam, 21, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap rakannya yang juga merupakan seorang banduan berusia 19 tahun.

Hakim Ahmad Sazali Omar memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Januari lepas.

“Kamu sebelum ini dipenjara kerana mencuri. Hanya tinggal lagi baki dua minggu sahaja kamu perlu tinggal di dalam penjara. Sepatutnya di saat-saat akhir, kamu kenalah lebih menjaga tingkah laku kamu, namun perkara bertentangan pula yang kamu lakukan,” katanya.

Ariff Amirrul Akmal didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat Bawah, Pusat Koreksional Jasin, Jasin, pada 11.30 malam 11 Januari lepasmengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon hukuman setimpal kerana lelaki itu pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan.

Tertuduh yang berasal dari Ampang, Selangor itu sebelum ini dipenjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, atas kesalahan mencuri kenderaan, mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap