Siti Suhaiza Seman, 38, berkata, kematian suaminya, Izwa Isa, 39, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, 5, dalam nahas berkenaan wajar mendapat pembelaan sekali gus menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Katanya, aspek-aspek keselamatan sepatutnya dititikberatkan dalam penganjuran perlumbaan berkenaan memandangkan orang awam sepertinya tidak begitu mahir dalam soal tersebut.
“Sewajarnya bertindaklah dan cari keadilan untuk saya dan keluarga,” katanya, memetik laporan Utusan Online.
Terdahulu, guru program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini itu menerima sumbangan khairat kematian yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad lalu, Izwan dan Nur Zulaikha maut selepas sebuah kenderaan yang bersaing pada Eimarace 2016 tergelincir dari trek dan merempuh penonton