Balu Kapten Hasman mohon maaf kritik ATM

Permohonan maaf Siti Hazwani Ahmad, 29, dibuat selepas beliau mendapat sendiri penjelasan daripada pihak ATM yang datang ke rumahnya pada Sabtu.

berkata, dia sudah mendapat penjelasan daripada ATM berhubung isu imbuhan kematian suaminya yang didakwanya tidak mencukupi.

“Saya minta maaf kepada semua, kepada menteri dan semua pihak, sama ada terlibat secara langsung atau tidak dalam hal ini. Saya sudah dapat penjelasan daripada wakil ATM yang datang ke rumah tadi (semalam).

“Saya harap semuanya selesai dan tidak mahu komen lebih tentang isu ini,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Felda Palong 13, di sini.

Susulan daripada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan berharap sudah selesai ekoran luahan hatinya sehingga menjadi viral dalam laman sosial.

Hazwani turut mengakui beliau berasa sangat sedih apabila dikritik oleh pelbagai pihak termasuk netizen di dalam sosial sedangkan beliau hanya ingin memperjuangkan nasib anak-anaknya.

“Luahan hati saya cuma berharap dapat tuntut hak anak-anak arwah iaitu pencen tanggungan anak-anak. Setidak-tidaknya dapat menanggung mereka sehingga umur 21 tahun nanti.

“Saya cuma berharap ia dapat ditunaikan seperti dijanjikan menteri melalui kenyataan dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, sejumlah wang sudah diterima Hazwani sejak awal tahun lalu berdasarkan syarat perkhidmatan Allahyarham selama lapan tahun bersama ATM.

Sejak awal tahun lalu katanya, jumlah wang yang diterima Hazwani sebanyak RM274,542.49 termasuk pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).

Selain itu, Hazwani turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan untuk pencen terbitan bulanan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia