Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mayat Ting Ching King, 60, ditemukan orang awam dalam kereta jenis Proton Saga dan mangsa dipercayai mengambil tindakan nekad itu sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dipercayai merajuk dengan ibunya kerana kebun kelapa sawit tersebut tidak dipindah milik kepadanya dan sebagai bukti kecewa, mangsa membakar kereta bersama-samanya dalam kebun terbabit.
“Mangsa juga ada menghubungi ibunya kira-kira pukul 3 petang, Jumaat lalu yang menyatakan dia tidak mahu lagi mengambil apa-apa harta milik keluarga,” katanya memetik laporan Utusan Online.
Ujar Abdul Wahib, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).