Baju Merah perjuangkan RUU 355, kata Jamal

Beliau turut menggelar ahli-ahli Parlimen berkenaan sebagai syaitan atas tindakan tersebut.

“Kepada ahli Parlimen beragama Islam yang tidak menyokongnya dan mempersendakan Hadi ketika membentangkannya sebentar tadi kami anggap mereka adalah syaitan yang sebenarnya. Termasuklah Khalid Samad,” kata Jamal merujuk kepada ahli Parlimen Shah Alam, dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Jamal berkata selaku Ketua Gerakan Baju Merah beliau menyokong sepenuhnya rang undang-undang berkenaan atau lebih dikenali sebagai Akta 355.

“Saya sebagai ketua gabungan gerakan merah Malaysia menyokong sepenuhnya RUU 355 dan akan memperjuangkannya habis-habisan,” katanya.

Hadi hari ini membentangkan pindaan RUU tersebut namun meminta butiran pindaan itu dibentangkan dalam sesi persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri