Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara berkenaan di dalam ucapan pembentangan Bajet 2017 hari ini.
“BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan drpd RM1,050 & RM1,000 kpd RM1,200. BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.
“Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. Skim Khairat Kematian diteruskn dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas dengan peruntukan RM6.8 billion,” katanya.