Bagaimana surat Anwar keluar penjara?

Menurut Jazlan, di bawah Akta Penjara, seseorang banduan itu tidak boleh membawa keluar atau masuk apa-apa tanpa kebenaran daripada Jabatan Penjara.

“Saya pun tidak tahu bagaimana surat itu boleh keluar. Selalunya pesalah dalam penjara akan dihadkan pelbagai perkara.

“Penjara tidak tahu surat dikeluarkan. Masa perjumpaan dengan peguam, mungkin nak bincang pasal kes, mungkin ada surat itu boleh dibawa keluar. Sama juga ketika pemeriksaan dengan doktor, perjumpaan dengan keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

Bagaimanapun kata Jazlan, Anwar telah diberi banyak keistimewaan dan kelonggaran sepanjang berada di penjara.

“Biasanya pesalah tidak dibenarkan didatangi pelawat tetapi Anwar diberikan pelbagai kelonggaran termasuk dilawati oleh peguam.

“Bila banyak perhubungan antara beliau, keluarga, peguam dan pihak hospital, itulah peluang untuk beliau salurkan apa-apa,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri