Bacaan IPU di ibu negara semakin meningkat

Di sekitar Lembah Klang, bacaan tertinggi IPU dikesan di kawasan Pelabuhan Klang dengan bacaan 85 diikuti dengan Shah Alam dengan kadar IPU sebanyak 82.

Meskipun masih berada pada kadar sederhana, ianya menunjukkan peningkatan daripada bacaaan semalam.

Banting mencatatkan bacaan sebanyak 79, diikuti Putrajaya dan Kuala Selangor masing-masing dengan bacaan 76, manakala Petaling Jaya merekodkan IPU sebanyak 73.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa jerbu melanda Malaysia adalah berpunca daripada peningkatan titik panas di Indonesia.

Keadaan itu dipengaruhi jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera tengah yang dibawa angin Monsun Barat Daya

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia