Azwan Bro akan dipanggil polis esok

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan ASEANAPOL ke-36 di Puyrajaya pada Khamis.

Selasa lalu, Khairul Azwan memfailkan laporan polis yang mendakwa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Najib.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil Khairul Azwan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuatnya.

Sebelum ini, Gani menyifatkan dakwaannya terbabit dalam konspirasi itu, hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mencari publisiti manakala Zeti dan Abu Kassim mendapatkan khidmat peguam bagi berhadapan dengan dakwaan terbabit. –Astro AwaniÂ

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia