Azraai Khor sedia bimbing Selangor

Namun bekas pengendali Kedah, Kelantan dan Sabah itu mengakui masih belum menerima sebarang tawaran daripada pasukan Red Giants tersebut buat masa ini.

“Sudah tentu saya akan pertimbangkan, mengapa tidak, kita boleh berbincang. Lagipun saya sudah berehat terlalu lama hampir lapan bulan.

“Kadang-kala bila tengok perlawanan di televisyen, saya beritahu orang rumah saya macam nak masuk padang semula. Rasa rindu itu datang secara tiba-tiba,” katanya memetik laporan mStar Online.

Begitupun, Mohd Azraai Khor menjelaskan sebelum menerima sesuatu tawaran beliau mahu duduk semeja dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk berbincang mengenai terma dan syarat kontrak.

“Saya lebih suka perkara berkaitan terma dan syarat kontrak diselesaikan dahulu sebelum terima mana-mana tawaran.

“Itu lebih elok selain tengok matlamat pengurusan. Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu. Ia perlu diteliti untuk elak ‘mimpi ngeri’ berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azraai Khor meletak jawatan sebagai pengendali Sabah kurang sebulan selepas dilantik ketua jurulatih skuad Sang Badak itu pada November 2015.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2