Azmin tidak akan merayu untuk masuk Sarawak

Azmin sebaliknya berkata beliau akan tetap cuba memasuki semula negeri itu pada Rabu depan.

Menteri Besar Selangor itu berkata, arahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem supaya beliau menulis surat rayuan terlebih dahulu untuk memasuki Sarawak, juga tidak akan dilayan.

“Saya tidak akan menulis surat rayuan untuk masuk ke Sarawak kerana arahan tersebut merupakan satu penghinaan kepada saya sebagai ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

“Tindakan Adenan itu juga sekadar ingin menunjukkan keangkuhan dan kuasa beliau sebagai ketua menteri,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja di Wisma Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Subang Jaya, pada Ahad.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri