Azmin selar PM diam isu larangan Trump

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kebisuan Najib sehingga kini seolah menjelaskan banyak perkara mengenai kedudukan beliau selaku peneraju di Putrajaya.

“Najib juga sebelum ini secara terbuka memuji pentadbiran baru di Rumah Putih dan kesediaannya bekerjasama rapat dengan gagasan Trump.

“Tetapi dalam hal ini, beliau bisu. Kebisuan ini juga menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk sama ada ia ada sebarang kaitan dengan siasatan antarabangsa sedang dijalankan Jabatan Kehakiman AS,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Trump mengeluarkan arahan membekukan kemasukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Mohamed Azmin mengutuk keras arahan Trump itu yang disifatkan sebagai perkauman melampau. –Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal