Beliau berkata ketokohan yang ada pada Azhar mampu membawa suara rakyat yang cukup besar di dalam Parlimen.
Malah katanya, latar belakang dan kredibiliti Azhar mampu mengangkat martabat rakyat Parlimen itu untuk diketengahkan di Dewan Rakyat.
“Saya dah berbincang panjang..saya nyatakan sokongan penuh kepada calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan,” katanya ketika berucap pada Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang, semalam.
Bagaimanapun, beliau turut menasihati Adun Meru, Dr Rani Osman agar tidak bersedih.
“Kita sahabat dalam Dun. Beliau (Abdul Rani) juga banyak beri sokongan pada dasar kerajaan sejak 2008 untuk menjayakan program yang akan dan telah dilaksanakan.
“Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama dalam kerajaan negeri dan bertekad menentang kezaliman BN di Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,”katanya.