Azmin nafi gangguan bekalan air sehingga ambang Krismas

Beliau berkata demikian sambil menambah bahawa satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak berkepentingan termasuk Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor bagi membincangkan isu tersebut.

Katanya, mesyuarat tersebut akan diadakan pada lewat Isnin untuk mengkaji kaedah bagi mempercepatkan kerja penyelenggaraan di Bukit Badong.

“Arahan daripada kerajaan negeri adalah kami mahu tempoh gangguan bekalan air dipendekkan supaya mereka yang meraikan sambutan Krismas tidak terjejas.

“Oleh itu, satu mesyuarat telah dipanggil untuk diadakan. Air Selangor akan memberikan taklimat penuh mengenai perkembangan terbaharu ini,” katanya ketika ditemui di Shah Alam, pada Isnin.

Azmin berkata gangguan tersebut tidak akan berlanjutan sehingga enam hari iaitu malam sambutan Hari Krismas.

“Berdasarkan laporan awal yang saya terima, gangguan itu tidak akan berterusan sehingga enam hari kerana loji rawatan tidak ditutup sepenuhnya.

“Kami masih ada generator yang berfungsi untuk terus merawat air mentah,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia