Azmin ‘mengamuk’ dengan Saari?

Beliau di laman sosial Twitternya ‘menyerang’ Saari dengan menyifatkan Adun Hulu Langat itu berhasrat untuk menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan Selangor.

“@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan EXCO ke?,” katanya di Twitter malam ini.

Azmin berkata demikian susulan kenyataan Saari yang mendakwa Timbalan Presiden PKR itu bermain politik bahaya dengan melibatkan pihak istana apabila mengekalkan PAS di dalam kerajaan negeri itu.

“Dengan rasa hormat saya pada Azmin, yang mana saya masih bantu dan sokong, beliau cuba bermain politik bahaya, sebagai contoh politik istana.

“Bermakna, isu yang ditekankan di dalam kerajaan negeri Selangor (seharusnya) dibentuk oleh wakil rakyat Melayu,” kata Saari dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini.

Semakan bagaimanapun mendapati, posting berkenaan telah dipadam dari laman Twitter milik Azmin.

Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Politik MB Selangor, Shuhaimie Shafie turut menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Saari di laman Twitter miliknya.

“Kata-kata Pak Abu @SaariSungib berkenaan politik istana adalah tidak berasas dan melampaui batasan yang boleh diterima,” kata Shuhaimie yang juga Adun Seri Setia.

Beliau berkata demikian di laman laman sosial miliknya itu tidak lama selepas Azmin mengeluarkan kenyataan membidas Saari di media sosial yang sama.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri