Azmin bersangka buruk dengan Saari

Menurut beliau, Azmin dilihat bersangka buruk terhadap Saari dengan menuduh Adun Hulu Kelang itu berhasrat untuk menjawat jawatan Exco Negeri Selangor.

Melalui tulisan di blognya hari ini, Khalid berkata hasil pemerhatian beliau, tidak ada satu kenyataan pun yang dikeluarkan Saari yang mana menjelaskan hasratnya seperti yang didakwa Azmin.

“Dakwaaan YB Saari mengemis jawatan Exco adalah tidak wajar. Pada pendapat saya ianya ‘completely uncalled for’ dan saya harap yang bersangka buruk sedemikian rupa akan bersihkanlah hati masing-masing.

“Bukan semua seruan dan cadangan dipaksikan niat jahat. Biarlah kita lebih bersikap terbuka, bersangka baik dan menerima pandangan tanpa prejudis atau buruk sangka,” jelas Khalid memetik tulisannya di blog beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata bahaw aisu sebenarnya adalah Saari meminta Azmin untuk menjelaskan beberapa perkara yang mana ianya menjadi persepsi yang berkait dengan masa depan Pakatan Harapan di Selangor.

Antaranya ialah isu menggunakan politik istana dengan mengekalkan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

“Apa yang dikhuatiri ialah kata-kata YB Saari disalah-anggap sebagai satu ‘serangan’ terhadap MB sedangkan ianya hanya seruan memohon diberi penjelasan sambil pengutaraan pandangan dan cadangan oleh YB Saari.

“Perlu juga diambil kira bahawa ianya berlaku di dalam suasana forum di mana pandangan dan perbincangan terbuka sedang diadakan. Adakalanya soalan-soalan dalam suasana terbuka sebegitu rupa sememangnya sukar ditangani dan mungkin juga dispin oleh media.

“Saya syorkan mereka berdua bertemu dan menjernihkan keadaan. Sambil itu perlu dimulakan satu displin baru di mana sebelum respon, segala isu diperjelaskan terlebih dahulu maksud dan tujuannya. Amalan ‘shooting from the hip’ dikalangan pimpinan parti-parti rakan Pakatan Harapan perlu dihentikan. Kalau ingin bertelagah sekali pun, buatlah secara tertutup,” kata Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah itu.

Sebelum ini, Azmin di laman sosial Twitternya menyindir Saari dengan mengatakan : “@SaariSungib nak jadi pengemis untuk jawatan EXCO ke?”.

Posting berkenaan menimbulkan reaksi banyak pihak namun Saari dengan berlapang dada menganggap ianya bukanlah dari Timbalan Presiden PKR itu.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri