Azmin batalkan penginapan jentera di Sg. Besar

Menurut sumber, Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR berbuat demikian selepas kecewa apabila parti itu gagal meletakkan calon dalam pilihan raya di negeri yang diterajui beliau.

Bukan setakat soal penginapan, sumber turut mendedahkan Azmin juga telah menarik balik peruntukkan-peruntukkan yang akan diagih-agihkan ketika berkempen nanti.

“Azmin dah stanby peruntukkan nak baiki surau-surau dengan masjid dekat sini (Sungai Besar) tapi semua peruntukkan itu dah tak ada sekarang,” kata sumber kepada RakyatPost.my.

Tinjauan RakyatPost.my di beberapa homestay dan rumah yang telah ditempah oleh Azmin sebelum ini mendapati penginapan tersebut terdapat kekosongan dan terbuka untuk ditempah.

Menurut pekerja di situ, Azmin yang telah menempah penginapan sehingga 19 Jun depan telah membatalkan tempahan tersebut pada minggu lepas.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang