Azlan mungkin teruskan saman terhadap blogger

Kata Azlan, walaupun blogger tersebut telah memohon maaf kepada beliau, tetapi reputasi beliau telah tercemar akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab blogger itu.

“Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat… tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya,” kata Azlan kepada pemberita selepas persidangan hari kedua Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada Rabu.

Menurut Azlan, tindakan blogger tersebut memfitnah beliau bukan sahaja melibatkan rakyat negeri Perlis tetapi juga diseluruh negara.

Jelasnya, permohonan maaf hanya diblog itu tidak memadai kerana tulisannya itu sudah tersebar luas dan tidak semua membaca permohonan maaf yang dibuat.

“Walaupun dia dah mohon maaf tetapi ramai yang telah membaca tulisannya dan membuat pelbagai andaian.

“Malah apabila dia memohon maaf secara menulis di blog sahaja, pasti ada yang baca dan tidak membacanya.

“Apa pun perbuatan itu telah memburukkan imej saya, dan saya mahu dia menerbitkan permohonan maaf dan menarik semula dakwaan jahat beliau terhadap saya menerusi media elektronik dan cetak, sebolehnya di semua laman media sosial dengan serta merta,” tegasnya.

Dakwaan beliau bersekongkol untuk menjatuhkan Najib kata Azlan tidak masuk akal kerana beliau merupakan pemimpin utama di negeri Perlis.

“Bagaimana dia boleh mendakwa saya tidak menyokong perdana menteri sedangkan saya merupakan pemimpin utama di Perlis yang tanpa berbelah-bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.

“Saya pernah tegaskan bahawa di dalam konteks UMNO, kita mesti setia kepada kepimpinan,” kata Azlan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri