Azizulhasni dan Fatehah dikawal ketat

Jurulatih dari Australia itu berkata, tiada alasan bagi ‘anak emas’ beliau atau pelumba sprint wanita, Fatehah Mustapa, gagal beraksi cemerlang pada Sukan Olimpik.

Berhubung kedua-dua atlet yang dikawal ketat media, Beasly berkata: “Anda berpeluang temu bual 100 peratus pelumba itu selepas tamat perlumbaan mereka.”

Bercakap pada sidang media di Perkampungan Sukan pada Ahad, Beasley berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Azizulhani berjaya ke final pada 16 Ogos.

Beliau melahirkan keyakinan Azizulhasni telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi dan dalam posisi terbaik memenangi pingat emas.

“Saya beri jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kami telah bersedia untuk beraksi… percayalah kepada saya, kami akan lakukan yang terbaik atau mencari alasan untuk membatalkan perlumbaan ini,” katanya. – Bernama

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2