Azizul Hasni kamu tak salah, memang sikap Melayu suka meminta-minta

2. Akan tetapi, kenyataan di facebook anda pada tarikh 17 Ogos 2016 menyebabkan saya tawar hati.

3. Saya melihat pencapaian anda sejak 2007. Anda berada di puncak kegemilangan dari tahun 2007-2010. Namun selepas itu prestasi anda menurun menyebabkan anda tidak memperolehi Anugerah Sukan Terengganu 2013/14, walhal anda penyadang anugerah terbabit, tiga musim berturut-turut sejak 2007. Sememangnya Mohd Hafifi (jaguh angkat berat) wajar diberi merit yg lebih dengan kejayaan yg beliau perolehi pada musim berkenaan.

4. Anda memperolehi Anugerah Sukan Terengganu 3 musim berturut-turut. Dengan kata lain, anda membawa RM 7000 setiap musim sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu terhadap anak tempatan. Malah jika di lihat gambar-gambar yang ada, anda meperolehi RM20,000 dan lain-lain inisiatif dari kerajaan Terangganu.

5. Akan ada orang berkata, itu zaman Mat Said. Ya benar, Mat Said ketika itu mewakili kerajaan negeri Terengganu. Jika di lihat, YB Ahmad Razif (MB Terengganu bermula 2014) juga memberi anugerah kepada Pasukan Hoki Terengganu sebanyak RM200,000 dan lain-lain atlet. Itu yang diketahui. Dan YB Razif juga perlu adil kepada lebih 50 atlet anak tempatan yang lain. Maknanya, YB Razif tak pernah meminggirkan atlet sukan Terengganu.

6. Lebih menarik YB Ahmad Razif menganugerahkan Tokoh Sukan Terengganu kepada Ahmad Said dalam majlis anugerah sukan Terengganu tahun 2013/14. Beliau menghargai usaha bekas Menteri Besar itu.

7. Saya percaya kejayaan anda dalam memenangi pingat gangga pada sukan Olimpik Rio bakal memberi merit besar kepada anda utk merampas kembali Anugerah Olahragawan Sukan Terengganu pada sesi 2015/16.

8. Bukanlah tugas kerajaan negeri menyediakan kelengkapan sukan untuk para atlet. Mereka hanya sediakan kemudahan. Namun jika mereka beri, anggaplah itu bonus. Kerajaan negeri hanya beri inisiatif jika anda merangkul kejayaan. Yang lain-lain adalah tugas kelab sukan masing-masing untuk mencari tajaan.

9. Namun begitu, saya harap YB Razif dapat tunaikan permintaan Azizul ini. Berilah kepada beliau apa yang beliau mahu. Dan kepada Azizul, saya sudah hilang rasa bangga pada anda. Namun jika sudah memperolehi basikal yg kamu kehendaki, pastikan kamu memperolehi emas dalam mana-mana kejohanan dunia. Pastikan prestasi kamu meningkat.

Jika tidak, bersiap sedia menerima kritikan pedas. Ini janji saya.

Â

Dipetik dari Facebook Aznil Hisham

Cerita di laman sosial ini merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan bukannya pendirian RakyatPost.my

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai