Autisme

Di Malaysia, dianggarkan satu daripada 600 kanak-kanak adalah pengidap autistik, statistik terkini juga menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk negara adalah penghidap autisme tetapi yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cuma 12,785 orang…itupun selepas dicampur dewasa dan kanak-kanak. Daripada jumlah itu pula, sebanyak 9,208 orang merupakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Maknanya apa, maknanya ramai lagi yang tak berdaftar dan tak apply untuk kad OKU bagi anak-anak mereka.

Aku harap tolonglah daftar dan dapatkan kad ini. Jangan malu. Banyak kemudahan yang anak-anak ini boleh peroleh. Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan. Untuk kemudahan diaorang juga nanti di kemudian hari. Pendaftaran ini turut melayakkan kanak-kanak untuk mendapat elaun sebanyak RM150 sebulan. Selain itu ibu bapa boleh memohon daripada pusat zakat/ yayasan negeri. Ibu bapa juga boleh mendapat pertolongan kewangan daripada badan-badan koperat dan NGO seperti Sime Darby, Yayasan AlBukhari dan sebagainya.

Ingat, anak Autisme juga ramai yang berjaya. Dan jangan terkejut antaranya saintis terhebat, Albert Einstein, pengasas Microsoft, Bill Gates dan pencipta Pokaemon, Satoshi Tajiri. Ketiga-tiga mereka juga adalah penghidap Autisme!

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” – Surah al-Anfaal

‪#‎nasom‬ ‪#‎autisma‬ ‪#‎autism‬

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai