Drama politik yang pelik
Politik negara kita masih lagi huru-hara meskipun sudah memasuki tahun baharu. Kejutan terbaru adalah mengenai kenyataan ‘kerjasama’ pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Di hadapan kita, Lim Kit Siang menyatakan “mahu membincangkan kerjasama bersyarat dengan PAS’, di belakang kita pula beliau mendakwa “jika dapat membersihkan nama negara, dirinya bersedia untuk membincangkan kerjasama dengan GERAKAN dan MCA”. Percakapan Kit Siang ini hakikatnya menyentak orang ramai terutamanya penyokong tegar DAP yang kelihatan marah mendengarnya!