SM Amin

Langkah pembangkang tidak sekata

Kerajaan BN terutamanya pegawai tinggi UMNO optimis dengan keadaan politik di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muncul pula Kumpulan Baju Merah dan Baju Hitam sebagai pelindung orang penting mereka. Kumpulan Baju Merah membantah BERSIH, manakala Baju Hitam pula berurusan dengan Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Read more

Sudah melampau!

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan ketirisan serius dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kerana berlaku pertindihan kerja dengan syarikat-syarikat swasta luar yang dinamakan untuk membangunkan industri pelancongan di negara ini. Kementerian tersebut telah membayar sebanyak sembilan kali ganda kepada syarikat tersebut, walaupun kementerian berkenaan masih menguasai kerja-kerja sebanyak 80 peratus.

Read more

Exco gagal selesaikan isu air jadi pengganti Guan Eng?

Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 baru-baru ini, KM Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya. Beliau juga meminta semua perwakilan agar memberikan sokongan kepadanya. Tidak disangka-sangka seorang yang menyebabkan isu air huru-hara boleh menjadi pengganti Ketua Menteri. Nampaknya DAP sudah ketandusan orang.

Read more

Ingat juga orang yang teraniaya Azmin – Budiman

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah hilang integriti apabila membangkit isu kononnya bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd Salleh telah dicadangkan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Read more

Kos terlalu tinggi, usul tergempar SPLASH di DUN Selangor esok

Barisan Nasional akan membentangkan usul tergempar berhubung bayaran pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), berjumlah RM2.975 bi­lion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor esok.

Read more

Rafizi budak nakal yang inginkan perhatian

Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli umpama budak nakal yang inginkan perhatian apabila sering mengkritik kerajaan dengan pelbagai isu walaupun sudah diberi penjelasan kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Read more

Lawatan ke China menghasilkan kejayaan besar

Lawatan rasmi PM kali ketiga ke China sejak mengambil alih sebagai PM pada 2009 dianggap membawa kejayaan besar. Beliau juga mendapat penghormatan yang begitu tinggi daripada Presiden China, Xi Jinping. Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin telah mengadakan beberapa rundingan berasaskan kepentingan dua hala dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pembangunan sosial, keselamatan serantau dan lain-lain.

Read more