Atlet basikal Brazil digantung gagal ujian dadah

Kleber Da Silva Ramos, 30, bertanding dalam acara lebuh raya pada 6 Ogos lalu, namun digugurkan sebelum pertandingan tamat.

Jawatankuasa Olimpik Brazil mengesahkan perkara itu bahawa seorang atletnya gagal ujian dadah yang dibuat di luar tarikh pertandingan.

Olimpik Rio terpalit dengan skandal doping, bermula daripada pengharaman atlet trek dan padang Russia sebelum temasya.

Semalam, pelari Bulgaria, Silvia Danekova didapati positif kerana mengambil sejenis pil berkaitan darah iaitu erythropoietin beberapa hari selepas tiba di Brazil untuk menyertai acara 3,000 meter lari berhalangan wanita.

Atlet berusia 33 tahun itu digantung selepas gagal dalam ujian dadah yang dilakukan pada 1 Ogos lalu, demikian disahkan oleh Jawatankuasa Olimpik Bulgaria. – AFP

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2