Asyraff mahu jumpa, cium Najib

Ibu kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu ketika ditemui RakyatPost.my di rumahnya berkata, amat berharap untuk menunaikan impian anaknya.

“Esok nak jumpa siapa sayang? Nak jumpa Datuk Najib,” jawab Asyraaf.

“Selepas dah jumpa Datuk Najib, nak buat apa? Nak cium,” balasnya lagi ketika ditanya ibunya.

Kisah mengenai adik Asyraaf tersebar di laman media sosial apabila ibunya Zurina Jamil 37, memuatnaik mengenai hasrat anaknya itu di Facebook baru-baru ini.

Menurut Zurina lagi, anak lelakinya itu sering meminta untuk berjumpa dengan Najib dan pernah beberapa kali merajuk apabila hasrat tersebut masih tidak kesampaian.

“Dah banyak dia meminta saya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri ,malah dia pernah merajuk, apabila saya berkata permintaannya itu bukan senang untuk ditunaikan.

“Paling membuatkan saya tersentuh apabila melihat dia mengunakan telefon bimbit saya untuk mencium gambar Perdana Menteri di Facebook,” katanya lagi.

Najib dijangka akan meluangkan masa untuk berjumpa dengan adik Asyraf pada petang Ahad ini.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai