Asri tawar Zakir Naik ceramah di Perlis

Menurut Asri, beliau telah membincangkan perkara itu dan mendapat persetujuan daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

“Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, InshaAllah Perlis terbuka untuk beliau. Saya sudah bercakap dengan penganjur dan menunggu perkembangan seterusnya,” katanya di laman sosial Facebook beliau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi membuat keputusan membatalkan program Zakir Naik di UTEM atas faktor keselamatan.

Zakir Naik dijadualkan akan berada di UTEM bagi menyampaikan cermah yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ bermula petang ini sehingga malam.

Semalam Zakir Naik mengadakan program di Terengganu dihadiri oleh 30,000 orang ramai pada majlis yang diadakan hasil inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia akan menyentuh sensitivi agama.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia