Asri pertahan pelajar perubatan tanya soalan kepada Zakir Naik

Beliau berkata, pelajar berkenaan masih terlalu muda dan setiap pihak perlu memahami keadaan individu terbabit.

“Kita juga kena tahu latar keadaannya. Mungkin sudah lama dia pendam kesusahannya. Bagi saya, dia patut dipuji kerana berani bangun bertanya, sedangkan ramai pelajar kita yang tidak berani bersuara dalam majlis yang jauh lebih kecil daripada itu,” katanya memetik posting laman Facebook miliknya.

Dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak baru-baru ini, seorang pelajar perubatan mendakwa kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menurut Asri, wacana di forum itu berkemungkinan kurang sesuai untuk soalan berkenaan namun pelajar terbabit hanya meluahkan keadaan dirinya sebagai seseorang yang memerlukan bantuan dan ingin suaranya didengari oleh semua pihak.

“Kadang-kala, kita merasa satu jumlah wang itu kecil pada kita, tapi ia mungkin satu beban untuk pihak yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sesetengah pihak kelihatan terlalu ingin berpolitik sehingga menghina pelajar yang semuda itu disebabkan oleh soalan yang ditanyakan kepada pendakwa antarabangsa tersebut.

“Maafkan dia, dia masih muda amat. Mari kita doakan adik itu berjaya dalam pelajarannya,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia