Memetik laporan Kosmo Online, dalam insiden pada pukul 10 malam itu, mangsa berusia 20-an yang bertugas di Unit Komunikasi Rejimen Semboyan Diraja menerima beberapa jahitan di bahu dan keadaannya dilaporkan stabil selepas dirawat.
Pengarah Perhubungan Awam Tentera Darat, Leftenan Kolonel Khairuddin Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula dengan pertikaman lidah antara mangsa dengan suspek yang juga rakan sepasukan dipercayai disebabkan masalah peribadi.
“Pergaduhan itu kemudian berlanjutan sebelum kedua-duanya dipercayai hilang kawalan lalu menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera.
“Anggota tentera yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Melaka di sini untuk rawatan manakala suspek ditahan oleh pasukan Tentera Darat untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.