Asal usul panggilan ‘Misi’

Menurut seorang pesara jururawat , Anne Frances , tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana asal-usulnya panggilan ‘Misi’ di dalam profesion kejururawatan tempatan atau kenapa jururawat dikenali sebagai ‘Misi’ .

Di Malaysia panggilan ‘Misi’ terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan oleh pihak British.

Dalam Bahasa Inggeris, ‘Missy’ ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai ‘Missy’. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya.

Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai ‘Missy’ tidak kira siapa namanya yang sebenar.

Penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu kemudian menjadi serasi dengan panggilan ini yang kemudian bertukar menjadi ‘Misi’ sehinggalah ke hari ini.

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai