KUALA LUMPUR: Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada petang Ahad.Menurut sumber, penyanyi lelaki era 80-an dan komposer itu memukul abang iparnya yang berusia 41 tahun itu menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.”Difahamkan, telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek.”Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.”Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan,” katanya kepada Astro AWANI, pada Isnin.Mengulas lanjut, sumber itu berkata, abang ipar kepada artis berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital.”Peserta sebuah program realiti hiburan popular itu difahamkan akan direman hari ini,” ujarnya.Pada tahun 2010, artis veteran ini pernah terpalit kontroversi berhubung perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya susulan jarak usia antara dia dan isterinya agak jauh.