Walau bagaimanapun kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, dia bersyukur kerana tidak pernah diapa-apakan sehingga kini.
“Ayah sudah banyak kali terima ugutan orang nak bunuh ayah, tetapi perkara ini ayah tidak hebahkan kerana ayah sendiri pergi ke balai dan selesaikan.
“Satu ayah nak ingatkan bahawa doa itu penting, senjata ayah ialah ayat al-Quran iaitu al-Fatihah, surah tiga Qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) , dan ayat Kursi, lagipun ayah bukan ada pistol, ayat-ayat itu sahaja menjadi senjata ayah,” katanya kepada Sinar Online.
Berbicara lanjut Abdul Rani berkata, kerjayanya sebagai tukang ‘report’ bukanlah tugas tin kosong sebaliknya telah membawa banyak manfaat.
“Ayah sudah selesaikan beberapa kes, dan ada kalanya ayah telah menjadi saksi kepada kes yang ayah laporkan itu.
“Dan Alhamdulillah selesai, lagi satu bagi ayah kerja ayah ini tidak kacau sesiapa, tidak mencuri, tidak pukul orang, cara NGO ayah bekerja,” katanya. – Sinar Harian