Too Good to Go adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh sekumpulan usahawan yang peka terhadap alam sekitar iaitu Chris Wilson dan Jamie Crummie di United Kingdom.
Aplikasi ini membolehkan anda membeli makanan yang tidak sempat dihabiskan oleh restoran mewah atau restoran biasa pada hari itu dengan harga yang diskaun. Pada mulanya diperkenalkan di Denmark dan menjadi satu impian oleh usahawan muda di United Kingdom setelah melawat negara itu.
Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk mengelakkan pembaziran makanan terutama sekali dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini. Berjuta tan makanan dibazirkan begitu saja di UK. Bukan itu saja, malah setiap restoran menyambut baik usaha mereka kerana setiap makanan yang dibuang adalah menjadi kos tambahan iaitu pada £0.97sen setiap makanan yang mereka dikenakan bayaran.
“Kami juga menyediakan khidmat bungkusan yang mesra alam kepada setiap pelanggan” kata Chris Wilson. Bagi pelanggan mula, rata-rata mengatakan dengan apps ini, mereka dapat menikmati makanan mewah pada harga yang mereka mampu dan tidak kisah walaupun sesetengahnya menggelar saki-baki restoran. Harga yang ditawarkan juga agak menarik bermula dari £2 hingga 3.80 setiap makanan.