‘Apa sumbangan DAP untuk kaum Cina’, soal MCA

Beliau berkata, walaupun DAP mempunyai ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding MCA di Dewan Rakyat, namun tiada sebarang perkembangan positif yang dilakukan mereka untuk komuniti tersebut.

“Mereka ada 38 ahli Parlimen tetapi apa yang mereka lakukan sehingga kini? Apa kemajuan yang dibawa kepada kaum Cina? Kita tak nampak melainkan ia hanya untuk kepentingan mereka.

“Ketika ini juga, DAP kata hubungan mereka dengan PAS sudah putus tetapi berlaku sebaliknya di Selangor. Mereka membentuk kerajaan bersama. Apa semua ini? Adakah ini suatu yang jujur?” katanya, sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Perak 2016 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, hari ini.

Liow berkata, sehubungan itu, komuniti Cina perlu menolak DAP dan kembali menyokong MCA.

“Sebagai contoh, DAP kalau dua penggal dulu mereka bersama PAS, mereka gunakan pelbagai kaedah untuk yakinkan pengundi Cina supaya sokong PAS.

“Tiba-tiba mereka putus dan PAS pula membelakangkan terus undi Cina,” katanya, memetik laporan Sinar Online,

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut berkata, kaum Cina perlu mendokong perjuangan MCA supaya segala kepentingan dan hak dapat disuarakan secara terus kepada kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata dengan dengan cara itu, setiap masalah yang dihadapi komuniti Cina dapat diselesaikan secara baik selain mengikut saluran yang betul.

“Kaum Cina perlukan institusi kerajaan untuk selesaikan segala masalah dan perbezaan.

“Jadi sebagai sebuah parti bersama yang memerintah, kita mahu kaum Cina mendokong MCA bagi memudahkan perkara itu dilaksanakan,” katanya.

Hadir sama dalam program itu adalah Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Pengerusi MCA Perak, Datuk Ooi Jing Ting JP.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri