Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Mahathir, pakaian boleh seragam tetapi apa gunanya perhimpunan ini jika mata, telinga dan mulut langsung tidak menyentuh mengenai isu 1MDB. Pada pandangan Mahathir, perhimpunan ini bukannya untuk susun atur masa akan datang, sebaliknya adalah satu alternatif lain untuk menyokong Najib, rasionalisasi dan mengemis dalam keadaan huru-hara. Jujurnya, memang tidak nampak di mana masa depan UMNO?
Najib kemudiannya berhujah bahawa ringgit lemah kerana masalah spekulasi antarabangsa dan AS, hampir sepenuhnya mengatakan bahawa penurunan nilai Ringgit bukan atas tanggungjawab beliau selaku Menteri Kewangan. Dengan sedikit pengetahuan, penurunan nilai Ringgi mempunyai kaitan dengan dasar kewangan negara, nisbah hutang dan KDNK negara, lebih penting lagi ia mempunyai hubungan langsung dengan keyakinan terhadap sistem pengurusan kewangan, perancangan ekonomi dan keadaan politik semasa.
Jelas sekali faktor-faktor ini berada di bawah pengurusan rejim UMNO yang tidak menentu visi dan strateginya, tambahan pula permintaan Bank Negara di mana 75 peratus tukaran asing pengeksport Malaysia hendaklah ditukar kepada Ringgit. Dalam dunia ini mana ada si bodoh akan menerima nilai mata wang yang susut?
Menerusi perhimpunan, dapat dilihat UMNO kini hanya tinggal kumpulan yang berkepentingan, mereka ini boleh memakai apa sahaja jenis topi dan akan terus mengaut keuntungan selagi boleh. Solidariti Ummah Rohingya telah diadakan bersama oleh UMNO dan PAS, namun Najib sebagai PM pula menerbitkan ucapan pembunuhan perkauman dan bukannya menerusi saluran hubungan diplomatik untuk menyatakan bantahan, malah lebih mengejutkan lagi selepas perhimpunan tersebut, beliau boleh pula menghantar Panglima ATM melawat kerajaan Myanmar.
Perbuatan ini telah ditafsirkan oleh media asing sebagai memancing undi konservatif Islam, jika benar mempunyai tahap sokongan yang kuat, mengapa perlu mengambil risiko ini? Jelas sekali rejim Najib ibarat seekor harimau kertas.
Cakera asas UMNO hari ini nampaknya hanya tinggal golongan konservatif Islam, ini berlaku pertindihan dengan PAS dan kerana itulah kedua-dua parti ini saling berpeluk-pelukan. Tetapi masalah sebenarnya adalah kerana BN gagal untuk mengurus ekonomi dengan baik, ditambah pula dengan kos sara hidup yang meningkat, membuatkan keadaan terjejas.
Tidak hairanlah cakera asas UMNO juga terjejas, sehinggakan Najib begitu terdesak untuk menyokong gerakan selamatkan pelarian Rohingya bagi menambah sedikit kadar sokongan kumpulan konservatif agama, cuma pendekatan yang diambil Najib agak janggal. PM tampil mempertahankan hidup rakyat asing tetapi tidak menjaga kebajikan rakyatnya sendiri.
Fakta telah membuktikan bahawa pembunuhan warga Rohingya seperti yang disebarkan dalam media sosial kebanyakannya adalah tidak benar. Ia adalah penyebaran khabar angin yang berniat jahat dan Najib pula tanpa membuat kepastian dan pengesahan, lantas menerbitkan hujah pembunuhan beramai-ramai.
Merujuk kepada surat bantahan kerajaan Myanmar kepada kerajaan Malaysia, tertulis jelas istilah “tiada pengesahan”. Bagaimana seorang PM boleh membuat kesilapan besar ini dan menteri-menteri kabinet juga seperti lembu dicucuk hidung, menurut sahaja apa yang dibuat. Atau mungkin mereka ada niat lain iaitu untuk memenangi undi seperti mana analisis yang dibuat oleh media asing.
Sebenarnya tiada apa yang perlu ditakuti dengan kerjasama antara UMNO dan PAS, kerana peratusan pertindihan undi adalah sangat besar. Jika kedua-dua parti semakin bergerak ke haluan kanan, keadaan ini akhirnya akan membuatkan mereka bertempur sesama sendiri dan yang lebih penting ialah pengundi tidak tahu bagaimana untuk memilih.
Cuma peranan PAS bukan lagi untuk kemenangan tetapi sebagai “spoiler”. Oleh yang demikian, sekiranya mahu UMNO tewas dalam pilihan raya, maka pengundi perlu diberitahu bahawa jika dalam pertempuran tiga penjuru memilih PAS, adalah mustahil akan menang jadi untuk apa memilih parti itu? Lebih baik memilih parti yang benar-benar boleh menang.
Pendekatan UMNO sebenarnya akan membuatkannya kehilangan lebih ramai bukan Islam dan Islam sekular. Jika hari ini bekerjasama dengan PAS, apa pula yang akan difikirkan oleh peringkat akar umbi? Begitu jugalah, musuh PAS selama ini adalah UMNO dan secara tiba-tiba mahu akar umbi memeluk mesra UMNO, bukan semua orang boleh melakukannya.
Bukan semua akar umbi boleh memahami politik peringkat tertinggi, apatah lagi kerjasama UMNO dan PAS ini mempunyai risiko dalaman, tetapi perkara ini tidak dapat dilihat daripada luaran. – Oriental Daily