Anwar sambut baik perjanjian Pakatan Harapan dan PPBM

Katanya, selepas ini semua pihak yang terlibat secara langsung dalam perjanjian kerjasama berkenaan iaitu PKR, DAP Amanah dan PPBM perlu bekerja lebih keras dan gigih untuk berdepan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

PPBM dan PH telah mempersetujui kerjasama itu dengan tujuh perkara pokok.

Pemimpin mewakili keempat-empat parti pembangkang itu menandatangani dokumen perjanjian tersebut pada Isnin lalu.

Antaranya pengagihan, kerusi, kenyataan pilihan raya yang bersepadu, logo bersama untuk pembangkang menentang BN dan sebagainya.

Bagaimanapun para penganalisis politik berpendapat bahawa walaupun kerjasama terjalin antara PH dan PPBM, ketiadaan PAS menjadi satu kekurangan besar.

Ikatan kerjasama ini juga merangkumi persetujuan menubuhkan jawatankuasa kepakaran bagi membincangkan kesemua perkara yang dipersetujui termasuk memujuk parti pembangkang yang belum menyertai pakatan. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal