Anwar lebih kenal Dr Mahathir, kata Nur Jazlan

Nur Jazlan yang juga timbalan menteri dalam negeri berkata, Anwar merupakan individu yang dapat memahami gerakan dan strategi yang diguna pakai Tun Mahathir memandangkan beliau merupakan individu yang pernah berkerja lama dengan tokoh politik itu.

“Saya rasa sebagai mangsa Dr Mahathir bertahun-tahun lalu, Anwar tahu apa yang dia lakukan.
“Anwar lebih mengetahui hati perut Mahathir,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, pada Selasa.

Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya dipenjarakan dia atas tuduhan salah guna kuasa dan juga liwat.

Dakwaan dan tuduhan itu dikatakan hanyalah rekaan Dr Mahathir semata-mata bagi mengelakkan Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri pada waktu berkenaan.

Beberapa hari lalu, Pemuda PKR Pulau Pinang mendedahkan surat Anwar yang dikirimkan melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang meminta ahli partinya berhati-hati dengan helah kotor Dr Mahathir.

Surat itu kemudiannya disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramili yang juga Ahli Parlimen Pandan sebagai tulen.

Surat peringatan itu dikeluarkan ekoran program Deklarasi Rakyat yang dpimpin Mahathir bersama pakatan pembangkang dengan tujuan bagi menjatuhkan kepimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri