KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang kini sedang dirawat di hospital.
Dalam perkongsian di media sosial rasmi hari ini, Anwar mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan dengan segera.
“Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.
“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya.
Pada Oktober tahun lalu media melaporkan, Rafizi berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung.
Menurut laporan, Ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.- MalaysiaGazette