Anwar Ibrahim dakwa warden penjara juga kecam kenaikan harga

Dakwa beliau, mereka mengecam kenaikan petrol sebanyak 20 sen sejak 1 Februari ini walaupun harga minyak mentah dunia menunjukkan penurunan.

“Kenaikan harga barang kini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warden penjara.

“Kerajaan harus bertindak secara terbaik dalam mengawal kenaikan harga barang yang membebankan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, kenaikan harga pelbagai barang telah memberi kekangan kewangan kepada setiap rakyat negara ini.

“Bagi menyiasat kenaikan melampau ini, kerajaan harus tampil dengan satu jawatankuasa khas untuk bertindak mengawal kenaikan harga ini,” ujarnya lagi.

Beliau menyifatkan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika antara faktor utama menyumbang kenaikan harga barang di negara ini. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal