Anwar fail saman hentikan Akta MKN

Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai responden dalam saman pemula yang difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada melaksanakan kuasanya mengikut akta itu sementara menunggu kes berkenaan diselesaikan.

“Anwar, sebagai pemimpin sebenar pembangkang, telah tampil dan menunjukkan arah ke hadapan dan cara kita perlu melawan balik untuk mendapatkan hak-hak kita demi negara ini.

“Kita lihat, walaupun Majlis Raja-Raja sebenarnya membantah; (mereka) sebenarnya meminta kajian semula akta ini sebelum diwartakan tetapi kerajaan tidak mempeduli dan meneruskannya.

“Jadi sekarang kita perlu bertindak dan melakukan sesuatu kerana ini penting,” kata isteri Anwar dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada pemberita selepas memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat di Penjara Sungai Buloh.

Saman itu difailkan melalui peguamnya N Surendran, R. Sivarasa dan Latheefa Koya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia