Anwar: Bukan Nilai RM Sahaja Lemah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata bukan hanya ringgit sahaja yang merosot kerana mata wang Jepun (yen), China (renminbi) dan negara Asean lain juga mengalami penurunan.

Jelasnya, cuma dolar Singapura yang menjadi satu-satunya mata wang Asean yang tidak mengikut rend penyusutan itu.

“Kita hadapi masalah kejatuhan nilai ringgit yg juga menimpa yen jepun, renminbi cina, dan semua currency mata wang negara Asean melainkan Singapura,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu meminta supaya isu kejatuhan nilai ringgit ketika ini tidak dijadikan “sepak terajang politik”.Dalam masa yang sama Anwar memberi jaminan kerajaan pimpinannya sedang berusaha memastikan nilai ringgit kembali melonjak.

Nilai tukaran ringgit telah berlegar sekitar RM4.77 hingga RM4.78 berbanding dolar AS dalam beberapa hari dagangan lepas.

Anwar, yang juga menteri kewangan, bagaimanapun, berulang kali berhujah bahawa penurunan ringgit tidak menjejaskan keyakinan pelabur di Malaysia manakala menegaskan inflasi dan pengangguran semakin berkurangan.

Ini kerana Malaysia, seperti yang diumumkan Khamis lalu merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi daripada 2022, dengan pelaburan asing merupakan penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus, berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.

Ia disebut-sebut jumlah pelaburan tertinggi yang diluluskan dalam sejarah negara. – Malaysiakini

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia