Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu menjadi individu pertama menyerahkan borang kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
“Alhamdulillah….serah borang menerima pencalonan jawatan Presiden FAM. Calon pertama menerima pencalonan…atas semangat kesukanan dan sayangkan sukan bola sepak,” katanya, memetik posting di laman Facebook miliknya.
Beliau akan merebut kerusi panas pada kongres kali ke-53 persatuan itu, pada 25 Mac nanti.
Turut menerima pencalonan adalah Aseh Che Mat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebaik tempoh akhir pencalonan ditutup pada 23 Januari lalu.
Ini merupakan kali kedua Annuar menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi badan induk bola sepak kebangsaan selepas kali pertama memenangi jawatan Timbalan Presiden pada 2010.